TINDAKAN SEGERA

Gambar Badan Beruniform STAR 2012

 

 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Hari ini Rabu 4hb Januari 2012 merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2012.  Murid-murid datang ke sekolah dengan pakaian yang serba baru dengan semangat dan azam yang baru. Ibu bapa dan penjaga turut hadir bagi menguruskan anak-anak yang baru melangkah ke Tahun 1 bagi memastikan mereka dapat belajar dengan tenang dan berani.

Barisan guru 2012

Guru-guru pun nampaknya begitu ceria dan bersemangat untuk mendidik anak bangsa setelah sekian lama 'berehat'. Tentunya tempoh rehat yang panjang itu telah kembali memulihkan tenaga guru-guru dan mengembalikan semangat guru untuk mendidik anak-nak agar mereka menjadi insan yang kamil demi agama, bangsa dan negara.

Ayuhlah rakan guru sekelian kita gembeling tenaga untuk memastikan anak-anak yang diamanahkan pada kita, kita didik sebaik mungkin untuk memastikan mereka selamat di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

 

Selamat Datang Cikgu Zafie!

16 Julai 2011, STAR mendapat seorang warga baru iaitu Cikgu Zafie b. Mohamed Said yang bertukar dari SK LKTP Selancar 1, Pahang. Beliau merupakan Guru Cemerlang Matematik dan telah berkhidmat selama 23 tahun.

Selamat Datang dan Selamat Bertugas. Moga kehadiran Cikgu Zafie dapat membantu kecemerlangan STAR.

Tidak lupa juga diucapkan Tahniah dan Selamat Bertugas di tempat baru kepada 2 orang guru STAR:

1. Encik Johari b. M.Isa bertukar ke SK Kemedak sebagai GPK Ko Kurikulum.

2. Puan Faridah bte Muhammdun bertukar ke SK Pemanis 1 sebagai GPK HEM.

 

Pravin Kumar & Thaarisya Johan!

Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Johor:

Dua orang murid STAR telah menjadi johan dalam karnival tersebut yang diadakan di Segamat pada 16 Jun 2011:

1. Pravin Kumar a/l Vijayakumar     - Johan Story Telling

2. Thaarisya a/p Kanagalingam       - Johan Public Speaking

Mereka akan mewakili Negeri Johor dalam Karnival Bahasa Inggeris peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 27 hingga 29 Jun 2011.

Kita doakan mereka berjaya menjadi johan peringkat kebangsaan pula...STAR boleh!!!

 

muka 1 dari 8

- Hadis Nabi -

SABDA NABI S.A.W. MAFHUMNYA " SENYUM ITU SEDEKAH

Ulti Clocks content

Login Ahli



Laman Popular Daerah Segamat Laman Popular

Di talian sekarang

Kami ada 21 pelawat online

Statistik Laman

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini238
mod_vvisit_counterSemalam233
mod_vvisit_counterMinggu ini238
mod_vvisit_counterMinggu lalu2259
mod_vvisit_counterBulan ini1559
mod_vvisit_counterBulan lalu11307
mod_vvisit_counterHingga kini112262

IP anda: 38.107.179.208
,
Hari ini: 05 Feb, 2012